|
Maklumat Korporat •
Misi •
Kekuatan
|
| |
Maklumat Korporat |
|
| |
UPM tidak ketinggalan untuk menceburi dunia perniagaan yang terbuka luas untuk diterokai dengan menubuhkan Pusat Pembangunan Perniagaan (UBC). Pada 15 Julai 1996, UBC secara rasmi ditubuhkan untuk mempercepatkan pertukaran teknologi dan kepakaran UPM untuk ‘disasarkan’ ke pasaran dan industri yang berkaitan melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D). Semenjak itu, UBC semakin berkembang dan memajukan pelbagai aktiviti perundingan, perniagaan dan perkomersilan menggunakan kepakaran dan kemudahan berteknologi tinggi yang disediakan oleh universiti. UBC berusaha untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan penyelidikan, teknologi dan kepakaran yang ada di UPM untuk ditukar menjadi satu perniagaan yang menguntungkan universiti dengan menjalinkan kerjasama pintar (smart partnerships) dengan industri perniagaan. Pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan ini menjadi pemangkin kepada UBC meneruskan tradisi kecermelangan dalam perkhidmatan dan perniagaan terutama dalam penyelidikan dan khidmat perundingan. UBC membantu universiti memperkenalkan inovasi, teknologi dan tenaga-tenaga pakar UPM kepada dunia luar dengan menyediakan satu khidmat perundingan yang berkualiti.
|
|
| |
UBC membantu membentuk kerjasama R&D UPM dengan industri luar adalah salah satu usaha universiti untuk mempercepatkan penghasilan produk dan penemuan sesuatu inovasi. UBC membantu menjana pendapatan kepada universiti disamping mewujudkan satu persekitaran perniagaan yang berpotensi, sesuai dan selesa kepada individu dan syarikat yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka.
|
|
| top |
| |
Misi |
|
| |
Misi UBC ialah untuk mempercepatkan proses pemindahan teknologi dan kepakaran dari universiti ke industri dan pasaran melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang menggabungkan tenaga kerja daripada universiti, komuniti yang progresif dalam sesebuah industri.
|
|
| top |
| |
Kekuatan Kami |
|
| |
UBC merupakan 'tunggak pelaburan' UPM dari aspek pengkomersilan bidang teknologi dan membantu pegawai akademik bagi memindahkan teknologi, keupayaan dan kepakaran mereka ke sektor industri.
|
|
| |
Satu konsep baru dalam menjalankan perniagaan iaitu penubuhan kumpulan 'Pembangunan dan Penyelidikan' (R&D) dengan sektor industri akan digunakan oleh UPM. Ianya bertujuan bagi memesat dan memperkenal penemuan dan ciptaan baru untuk tujuan komersil.
|
|
| |
Tujuan utama UBC ialah untuk membantu menjana pendapatan kepada UPM dengan memberi peluang perniagaan kepada usahawan, kakitangan universiti dan pelajar dengan sumber tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan perniagaan perundingan. UBC secara keseluhurannya akan memupuk semangat keusahawanan dikalangan individu.
|
|
| top |
| |
|
|