bahasa melayu bahasa inggeris Untitled Document
CARIAN
Untitled Document

.:  Soalan Lazim

  Unit Perundingan •  Unit Mealplan  
  Unit Perundingan  
 
   
     
  Unit Mealplan  
     
   
     
  Unit Perundingan  
   
  1. Apa itu perundingan. Bagaimanakah sesuatu projek yang dijalankan boleh diklasifikasikan sebagai bentuk perundingan?  
     
  Projek perundingan adalah merupakan projek yang dijalankan apabila klien samada daripada pihak kerajaan mahupun industri memerlukan nasihat kepakaran daripada pakar-pakar dalam bidang tertentu.
Perundingan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu ‘pure’ perundingan dan ‘contract research’. Beza keduanya adalah ‘contract research’ melibatkan aktiviti penyelidikan dimaklmal dan terdapat pembelian-pembelian bahan penyelidikan
 
top  
   
  2. Bagaimanakah cara dan apakah langkah yang perlu saya lakukan sebagai staf akademik yang ingin menjalankan kerja perundingan?  
     
  Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah:  
 
  • Mengemukakan proposal/ surat niat (intend letter) daripada klien kepada UBC
  • Mengemukakan surat tawaran daripada klien mengandungi perincian seperti jumlah kos, tajuk projek, tempoh lantikan dan senarai ahli projek kepada UBC
  • Membuat surat kebenaran menjalankan kerja perundingan kepada UBC melalui kebenaran Dekan.
  • UBC akan meneliti proposal dan mengeluarkan lantikan daripada UPM kepada perunding.
  • UBC akan mengemukakan surat balasan kepada klien sebagai persetujuan menerima lantikan dan menjalankan kerja perundingan.
  • Draf perjanjian akan dihantar kepada klien untuk disemak
  • Draf yang diterima kembali daripada klien akan dihantar ke Bahagian perundangan UPM untuk semakan
  • Perjanjian akan ditandatangani oleh Naib Canselor sebagai perunding dan Pengarah UBC sebagai Saksi.
  • Perjanjian ditandatangani oleh klien dan di ‘stamping’ oleh UBC.
  • Projek akan dijalankan oleh perunding dan laporan dihantar dari masa ke semasa.
  • Invois akan dikeluarkan pihak UBC mengikut jadual perjanjian ditandatangani atau mengikut perjalanan projek.
 
top  
   
  3. Apakah itu bayaran overhead? Kenapa ia diperlukan?  
     
  Bayaran overhead adalah merupakan bayaran yang dikenakan sebanyak 10% (badan kerajaan) dan 15% (swasta) daripada kos projek dan akan dibahagikan kepada UBC, PTJ ketua projek dan Tabung Amanah UPM mengikut nisbah UBC:PTJ: UPM bersamaan 50: 25:25. Ia diperlukan bagi menampung kos kerja-kerja pengurusan projek dan UPM sebagai entiti asal perunding. Bayaran overhead akan dipotong daripada setiap kali bayaran diterima daripada pihak klien. Potongan dibuat secara berperingkat mengikut perjalan projek.  
top  
     
  Unit Mealplan  
   
  1. Apa itu kad MEALPLAN?  
     
  Kad MEALPLAN adalah kad prabayar pintar yang menggunakan kad Mifare Contactless. Mifare adalah teknologi antarabangsa yang berasaskan kad pintar “contactless”. Maklumat yang terkandung di dalam kad ini boleh dibaca dan ditulis melalui induksi magnet menggunakan frekuensi radio dan perisian kad pintar.  
  Setiap kali apabila pengguna menggunakan kad MEALPLAN, “Electronic Card Reader” akan memotong harga bayaran makanan daripada nilai yang terkandung dalam kad tersebut. Pengguna boleh menambah nilai kad dengan jumlah minimum sebanyak RM 20.00 untuk menyambung penggunaannya.  
top  
   
  2. Dimanakah boleh mendapatkan kad MEALPLAN?  
     
  Kad MEALPLAN akan diberikan apabila mendaftar sebagai pelajar di UPM. Pelajar akan menggunakan kad MEALPLAN bagi tempoh 1 tahun (2 semester).  
top  
   
  3. Bagaimanakah untuk menambah nilai kad MEALPLAN?  
     
  Bagi semester pertama, nilai kad sebanyak RM407.50 secara automatiknya dimasukkan ke dalam kad dan bagi semester kedua, pelajar hendaklah menunjukkan kad di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MEALPLAN untuk tambahnilai automatik sebanyak RM 425.00. Pelajar juga dibenarkan untuk menambah nilai secara tunai (min: RM20, max: RM400). Bayaran di buat di kaunter Bendahari dan dan pegawai perkhidmat pelanggan kami akan melakukan proses penambahan nilai kad. Setelah selesai, pelajar boleh terus menggunakan kad tersebut.  
top  
   
  4. Bagaimana menggunakan kad MEALPLAN?  
     
  Ianya hanyalah dengan menyentuh kad tersebut di atas “Card Reader”. Sistem ini akan mengeluarkan bunyi “beep” untuk menyatakan transaksi telah berjaya.  
top  
   
  5. Apakah faedah menggunakan kad MEALPLAN?  
     
 
  • Tidak perlu membawa wang untuk membeli makanan.
  • Tidak perlu tunggu untuk berbaris bagi membeli makanan
  • Tidak perlu menunggu untuk memberikan penukaran wang kecil.
  • Cepat dan mudah
  • Selamat
 
top  
   
  6. Bolehkah saya membuat bayaran balik apabila saya tidak menggunakan kad MEALPLAN lagi?  
     
  Bayaran balik tidak dibenarkan, kami mencadangkan supaya pelajar menghabiskan nilai kad semasa belajar di UPM. Tetapi jika anda masih tidak dapat menghabiskan nilai kad tersebut, selepas anda bergraduat, anda bolehlah mengemukakan surat secara bertulis kepada UBC dan memulangkan kad MEALPLAN untuk bayaran balik.  
top  
   
  7. Bolehkah saya mendapatkan pengecualian dari menggunakan kad MEAPLAN?  
     
  Ya boleh, tetapi pengecualian tersebut mestilah mendapat kelulusan daripada HEP. Anda mestilah mendapatkan surat daripada pihak HEP untuk membuat pengecualian.  
top  
   
  8. Apakah syarat-syarat untuk membuat pengecualian?  
     
  Syarat untuk mendapat pengecualian adalah sakit (mendapatkan surat pengesahan dari Doktor), telah berkahwin atau pelajar MSN sahaja.  
top  
   
  9. Bagaimanakah boleh saya membuat sekatan/pembatalan kad MEALPLAN yang hilang?  
     
  Menghubungi talian pusat perkhidmatan.  
 
  • Telefon : 03-89466124 (beroperasi dari 8.30pg hingga 5.00ptg) setiap waktu bekerja.
  • Fax : 03-8656 7409
  • Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MEALPLAN
 
top  
     
disclaimer_bm
22 April 2008