|
Pengenalan •
Apa itu Mealplan •
Jenis Kad •
Dimana digunakan •
Lokasi
|
| |
| |
Pengenalan MEALPLAN |
|
| |
MEALPLAN mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2002. Kad MEALPLAN adalah program yang telah dipersetujui antara Desasiswa Catering Services Sdn Bhd (DCSSB) dan UPM. Ia dikendalikan oleh dua kakitangan dari awal penubuhannya. Pelaksanaan sistem ini dikhususkan untuk pelajar di kampus UPM dan pelajar tahun pertama wajib menggunakannya. |
|
| |
Untuk melaksanakan program ini, UPM akan mendahulukan kepada semua pelajar caruman kad MEALPLAN bernilai RM425 bagi setiap kad dan dari jumlah tersebut RM17.50 adalah caj kad dan bakinya sebanyak RM407.50 digunakan oleh pelajar bagi membeli makanan di kampus UPM. Untuk semester kedua pula, RM 425.00 akan ditambah lagi kedalam kad MEALPLAN. |
|
| |
Pelajar baru yang memasuki UPM wajib untuk menggunakan kad MEALPLAN selama 2 semester. Tambah nilai secara tunai dan atau pemotongan wang melalui penaja juga dibenarkan bagi pelajar yang masih ingin meneruskan penggunaannya selepas tamat tempoh wajib. Jumlah yang dibenarkan adalah minima RM20.00 |
|
| top |
| |
Apa itu kad MEALPLAN |
|
| |
Kad MEALPLAN adalah “Electronik purse” yang boleh digunakan di semua kafe kampus UPM. Ia menggunakan teknologi pintar “contactless”. Kad ini menyerupai dan mempunyai fungsi yang sama dengan kad Touch n Go dan Kad Kredit. |
|
| |
Pelajar boleh menggunakannya secara berterusan selagi nilainya masih ada didalam kad tersebut. Selain itu pelajar boleh menambahnilai di Kaunter Perkhidmatan MEALPLAN, Bendahari 3, UPM. Penambahan nilai adalah antara dari minima RM20.00 sehinggga maksima RM 400.00. |
|
| |
Kad MEALPLAN membantu pelajar mengawal perbelanjaan seharian. Selain itu ia juga memberi keselesaan kerana pelajar tidak perlu membawa wang tunai semasa membeli makanan atau beratur panjang bagi membayar makanan di kafe. |
|
| top |
| |
Jenis-jenis kad |
|
| |
| |
 |
|
| top |
| |
Di manakah boleh digunakan |
|
| |
KOLEJ |
|
| |
- Kolej Mohamed Rashid (KMR)
- Kolej Ketiga
- Kolej Canselor
- Kolej Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
- Kolej Kesepuluh
- Kolej Kesebelas
- Kolej Dua Belas dan Kolej Empat Belas
- Kolej Ketujuhbelas
|
|
| |
FAKULTI |
|
| |
- Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
- Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
- Fakulti Kejuruteraan
|
|
| |
LAIN-LAIN |
|
| |
- Marry Brown
- Perpustakaan
- Park View, Bangunan Pentadbiran
- Putra Foodcourt
|
|
| top |
| |
Dimanakah lokasi untuk tambahnilai dan membuat aduan hilang |
|
| |
- Kaunter Perkhidmatan MEALPLAN
Bendahari 3,
Bangunan Pentadbiran, UPM
|
|
| |
- Unit MEALPLAN
Tingkat 11, Blok Menara,
Kompleks Kejuruteraan dan Teknologi,
UPM, Serdang.
Tel: 03-8946 6124
|
|
| |
** Untuk membuat aduan hilang, pelajar dikehendaki MENYERTAKAN nombor kad MEALPLAN. Aduan akan disenaraihitamkan sekiranya nombor kad MEALPLAN disertakan sekali. |
|
| top |
| |
|
|