|
Pengenalan •
Tanggungjawab
|
| |
Pengenalan |
|
| |
Universiti Putra Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia ditubuhkan
untuk menjalankan tiga tanggungjawab utama iaitu, pengajaran, penyelidikan dan khidmat profesional.
Aktiviti perundingan adalah satu bentuk khidmat profesional yang terpenting yang menggunakan kepakaran
dan hasil penyelidikan pegawai-pegawai UPM. Ia bertujuan meningkatkan profesionalisme, membantu
pembangunan negara dan memberikan pulangan kewangan kepada UPM. |
|
| |
Unit Perundingan berfungsi sebagai badan kawal selia dan penyelaras
untuk semua kerja perundingan di UPM. Hanya Pusat Pembangunan Perniagaan sahaja dibenarkan mendaftar
sebagai jururunding UPM, samada dengan kerajaan atau mana-mana agensi swasta. |
|
| |
Pelantikan Prunding juga dibuat melalui UBC setelah mengambilkira kesesuaian projek mengikut kepakaran,
kertas cadangan projek dan mendapat kelulusan Dekan atau Pengarah PTJ terlibat. |
|
| top |
| |
Tanggungjawab Unit Perundingan adalah : |
|
| |
| |
- Menyediakan khidmat perundingan kepada pegawai di UPM bagi mana-mana projek pembangunan yang
melibatkan Universiti dengan pihak luar.
- Mendaftar sebagai Jururunding dengan Kerajaan, Badan berkanun dan agensi swasta.
- Melibatkan diri secara aktif dengan kerja pemasaran dan perkhidmatan perunding, berbincang dengan
klien dan mencari jalan penyelesaian dalam persefahaman di antara klien dan perunding.
- Menolong menyediakan khidmat perundangan dan guaman kepada perunding UPM bagi mana-mana projek
perundingan yang memerlukan khidmat ini.
- Menyediakan memorandum persefahaman (MoU) dan Memorandum of Agreement (MoA) dan lain-lain
kontrak perjanjian sebagai ikatan di antara klien dan perunding UPM.
- Memberi peruntukan pendahuluan kepada perunding bagi memulakan projek sebelum mendapat bayaran
daripada klien.
- Membuat pemantauan ke atas setiap projek perundingan dan memastikan ia dilaksanakan mengikut terma
dan jadual ditetapkan.
- Mengurus Akaun Amanah projek perundingan dan menguruskan tuntutan atau pembelian perunding
melalui bendahari UPM.
- Mengagihkan bayaran overhead kepada Akaun Amanah UBC, PTJ terlibat dan Tabung Amanah UPM.
|
|
| top |
| |
|
|